Azam Pandan Buffet Berbuka Puasa yang PUPULAR sudah kembali!!! Menawarkan harga 'WOW' di Kajang Perdana Avenue
Pasti anda ternanti-nantikan Ramadhan Buffet yang murah dan sedap dari Azam Pandan Sdn Bhd dan tahun ini Azam Pandan juga ada menawarkan pakej buffet berbuka puasa bermula 17 Mei 2018 sehingga 12 Julai 2018 dengan harga yang berpatutan.
Bukan sahaja makanan tradisional melayu sahaja menjadi sajian berbuka puasa pada tahun ini tetapi makanan ala-ala barat serta makanan India, Cina dan Arab juga menjadi pilihan pakej buffet berbuka puasa.
Antara sajian yang menarik yang patut anda cuba adalah Tetel Asam Pedas, Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh, Perut Rebung Masak Lemak, Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Stim, Ikan Patin Masak Tempoyak dan Pucuk Manis Lemak Keledek di mana hidangan lauk pauk ini jarang kita dapat ya....
Pelbagai ulam-ulaman seperti daun ulam raja, daun selom, pucuk pegaga, petai dan sayur-sayuran segar Melayu di hidangkan bersama sambal belacan, budu, cencalok, tempoyak dan tak lupa juga kerabu, acar, telur asin, dan pelbagai jenis ikan kering.
Hidangan popular yang lain adalah Kambing Bakar, Nasi Arab Mandy, Ketam bakar, Satay, Ayam Golek Madu, Ikan Bakar bersama Air Asam, Nasi Ayam Hainan, Cucur Udang, Apom , Apam Balik dan ‘goreng-goreng’!
![]() |
Char Kuey Teow Penang |
Hidangan pencuci mulut yang enak seperti American Cheese Cake, Tiramisu, Red Velvet, Cream Caramel, Manggo Pudding, Chocolate brownies, Ice Kacang, Rojak Buah dan Serawa Durian dengan Pulut.
Saksikan video di bawah jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang keistimewaan juadah-juadah yang di sediakan di dalam buffet berbuka puasa oleh Azam Pandan Sdn Bhd
Kepada yang ingin membawa keluarga dan teman-teman untuk berbuka puasa boleh lah ke Kajang Perdana Avenue yang berlokasi di Kajang untuk menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama di hari yang mulia ini.
Harga ‘WOW’ buffet berbuka puasa adalah seperti berikut:
RM 55.00 nett (Dewasa),
RM 27.50 nett (Kanak-kanak)
Jadilah pengunjung yang terawal bagi mendapatkan pakej buffet percuma untuk 2 orang untuk setiap 10 orang pengunjung yang lain dengan menelefon di 03 7840 0516/03 7843 0617 atau lawati website www.azampandan.net
0 comments