Nasi Daun Pisang modern ala-ala India TERBAIK!! di Bananabro, Berjaya Times Square Mall


Saya pasti majority orang Malaysia suka makan nasi atas daun pisang kan? Sebab Malaysia ada pelbagai kaum dan kita beruntung tau jadi rakyat Malaysia, biasanya kita terpaksa dapatkan di mana-mana restoren Mamak atau India tetapi ni istimewa anda semua boleh rasa makan ala-ala india nasi atas daun pisang di Mall...hahhah...menarik kan dan jarang dengar..jom baca di bawah.

Bananabro adalah restoran daun pisang yang moden, unik dan terbaik, sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan jika sesiapa ingin membawa rakan-rakan dan keluarga anda boleh lah mencuba makanan segar dan panas di sini.

Hasil inspirasi, seni dan budaya dari India, Bananabro dapat membuat anda seperti merasai hidangan makanan di rantau selatan otentik melalui sentuhan moden dan kontemporari dalam hidangan dan minuman mereka.

Minuman yang harus anda semua minum sewaktu kita cuba makan nasi daun pisang adalah Teh Lawa di samping tu saya rekemen anda semua juga harus cuba Ayam 65 (Chicken 65), kambing dan juga sotong goreng memang sedap sangat.


Oh yaa sebelum tertinggal, terutama kepada sesiapa yang mengamalkan vegetarian boleh lah mencuba nasi daun pisang ini juga kerana ia merupakan makanan vegetarian yang menyediakan beberapa pilihan sayur-sayuran, kari dan beberapa pilihan yang lain seperti rasam, cili masin dan yogurt. Lauk-lauk daging atau kambing boleh di pesan secara berasingan.

Menu hidangan yang harus semua orang cuba!

Jenis Masakan
Kambing (Mutton Of The Day)
Ayam (Chicken Of The Day)
Ayam 65 (Chicken 65)
Sotong Goreng (Fried Squid)
Nasi Lemak Ayam (Nasi Lemak Ayam With Acar)

Jenis Minuman 
Teh Lawa
Lassi (Original, Sour Sop, Mango, Strawberry)



Kalau nak lihat bagaimana mereka menyediakan hidangan atas daun pisang tu boleh lah klik ke link saya dibawah..menarik tau



Kepada yang teruja ingin mencuba hidangan boleh ke : 

Bananabro
LG-59B (LOWER GROUND EAST ENTRANCE)
Berjaya Times Square Mall, Kuala Lumpur
Google Map : https://goo.gl/maps/APQcrEtDGTA2

Outlet Opening Hours : 8.30am-10pm
Banana Leaf served : 11am - 9.30pm
(served 8.30am-11am & 3pm-6pm)

Kepada yang ingin membuat tempahan boleh lah hubungi +60327324605
Atau
Sesiapa yg ingin tahu lebih lanjut tentant Bananabro boleh lah lawati ke :
https://www.facebook.com/bananabro.my
https://www.instagram.com/bananabromy/

2 comments

  1. Hidangan nasi daun pisang di Bananabro memang menyelerakan dan menyediakan portion yang sangat banyak. LeYa dah rasainya dan ternyata memang sedap dan kenyang.

    ReplyDelete
  2. yupe memang sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete