Jalan Jalan Japan, Outlet ke-3 kini dibuka di Centrepoint Seremban


Jalan Jalan Japan merupakan outlet yang sangat terkenal dengan penjualan barangan pre-loved yang di datangkan khas dari Jepun yang kini sudah di perkenalkan di Malaysia. Pada tahun 2018 ini mereka telah membuka lagi outlet yang ketiga di Centrepoint Seremban yang bakal di lancarkan secara rasminya pada 2 June 2018, senang kata Grand Opening dia lah...
Apa yang anda tahu dan faham tentang barangan pre-loved ini? Pasti ramai yang tertanya-tanya kan, barangan pre-loved merupakan barangan yang terpakai yang di jual kembali kepada pengguna yang lain dengan harga yang sangat-sangat murah di samping mempunyai kualiti yang setanding barangan baru, tetapi jangan salah faham tau barangan pre-loved tetap berbeza dari barangan baru yang anda beli di butik-butik dan di kedai-kedai.
Kemarin saya telah di beri peluang membeli-belah bersama keluarga buat pertama kali nya di outlet JJJ ini dan ketika ini lah saya telah di perkenal kan dengan Mr Daichi Shuzui yang merupakan Pengarah kepada BOK Marketing, bertuahkan saya..
Mr Daichi Shuzui telah menerajui banyak outlet di New York, Los Angeles dan Hawaii selama 15 tahun dan kini beliau menerajui outlet di Malaysia selama 2 tahun. Menurut beliau BookOff Corporation di Jepun merupakan syarikat terbesar dalam menerajui perniagaan barangan guna pakai dan kitar semula, seperti mereka membeli tv atau telefon bimbit dari individu dan kemudian nya menjual kembali barangan tersebut di pasaran dan kini mereka telah mempunyai 800 outlet di Jepun.
Menurut beliau BOK Marketing telah memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi untuk mereka memperbesarkan perniagaan mereka di rantau Asia kerana mereka sangat tertarik dengan populasi penduduk di sini yang ramai di samping mahu memperkenal kan budaya Jepun kepada masyarakat setempat.
Jalan Jalan Japan telah mula di buka di Malaysia pada tahun 2016 di One City USJ dan ini merupakan outlet pertama mereka, kemudiannya mereka telah membuka outlet yang kedua pada tahun 2017 di One Shamelin Mall Cheras dan JJJ ini menjual lebih dari 200 jenis barangan pre-loved yang dapat memenuhi permintaan pengguna di Malaysia jadi pengguna dapat membuat pilihan bagi memenuhi kehendak masing-masing dan kini JJJ telah di buka di Centrepoint Seremban sebagai outlet yang ke tiga pada tahun 2018.
Kalau anda nak tahu apa yang lebih menarik nya lagi di Jalan Jalan Japan, pihak JJJ akan re-stok barangan setiap waktu dan setiap hari dan stok barangan baru yang di bawa terus dari Jepun akan di bekal kan antara 5 ke 6 kontena setiap bulan, jadi memang tak mungkin laa JJJ akan out of stock kan.
Antara barangan yang ada di jual di Jalan Jalan Japan adalah seperti kasut, pakaian dewasa, pakaian bayi dan kanak-kanak, peralatan sukan, pinggan mangkuk, alat permainan, souvenir, peralatan bayi, peralatan surfing, tas tangan, beg galas, peralatan memancing, peralatan untuk mendaki gunung dan banyak lagi lah dengan harga dia antara RM5.00 ke atas tak dapat saya nak seraikan semua tapi asal anda tahu memang murah tau!!
Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan lagi diskaun terhadap barangan pihak JJJ ada menawarkan promosi dimana sesiapa yang post status menggunakan hashtag #jalanjalanjapan dan #hargagiler di mana-mana media sosial seperti Facebook atau instagram mereka akan mendapat tambahan 5% diskaun ketika mereka membeli barangan di JJJ nanti.Hebat dan menarik kan, jom lah ramai-ramai kita serbu outlet ni, tak sabar rasanya nak tunggu grand opening 2 June 2018 ini dia Centrepoint, Seremban...hahah
Jalan Jalan Japan
Tingkat 3, Centrepoint Seremban,
Seremban.

2 comments

  1. tak pernah lagi ke JJJ ni even yg kat KL..hehe

    ReplyDelete
  2. Akak ada buat review masa di jemput tahun lepas...seronok jugak masuk sini..rambang mata..tahun lepas Seremban Centrepoint tu takde pape pun...tapi sekarang macam- macam ada kan...kalau rajin minggu ni nak terjah la

    ReplyDelete