Jom ke WP Hotel, Kuala Lumpur berbuka 'in the heart of city' sambil menikmati tawaran HEBAT Buffet Ramadhan 2018..Murah!!!


Alhamdullilah, Ramadhan sudah tiba lagi semoga tahun ini lebih berkah dari tahun-tahun sebelum nya. Semua umat islam menunggu-nunggu kedatangan bulan yang mulia ini tak tinggal yang bukan muslim juga ada yang mencuba macam mana rasa nya berpuasa dan ingin merasai bagaimana rasa berbuka. Hebat kan....hmmmm
Kadang-kadang ramai yang pening nak berbuka di mana? tak tahu tempat dan hidangan mana yang mantap dan masa tu lah otak semacam terhenti..hahhahaha...jom saya nak rekemen ke WP Hotel, Kuala Lumpur di mana menawarkan Buffet Ramadhan berbuka yang sangat berpatutan dan lokasi nya yang strategik terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur memudahkan pengunjung datang.
Lebih dari 80 jenis hidangan yang disediakan di buffet berbuka puasa ini salah satu contohnya pelbagai jenis lauk pauk, bubur cha-cha dan pelbagai jenis kuih-kuih yang lain, buah kurma dan buah-buahan segar dan banyak lagi, bagi yang suka makanan barat juga ada di sediakan jadi tak perlu ragu-ragu dan risau kalau nak berbuka nanti.
 
Anda semua mesti cuba 'Roasted Lamb' yang di marinate bersama rempah rahsia untuk mendapatkan rasa yang enak bila di panggang dan selain itu boleh juga mencuba nasi beriayani bersama ayam panggang, satay dan asam laksa...hmmm terliur rasa kan bila baca..hahhaha...dengan pakej buffet berbuka yang murah anda dapat merasai semua keenakkan hidangan berbuka puasa di sana pada saya itu lah KEHEBATAN! 
Surau ada di sediakan di lantai 2 bagi sesiapa yang ingin menunaikan solat maghrib dan isyak dan bagi yang ingin terus menunaikan solat Tarawih boleh ke Masjid Kampung baru tak jauh pun cuma 5 minit dari hotel, hebat dan menarik kan kita boleh lakukan semua nya dalam satu masa...so jom ramai-ramai dapatkan Buffet Ramadhan ini yaaa..
Buffet berbuka puasa bermula jam 7.00pm sehingga 10.00pm (23 May 2018 - 12 June 2018)
RM68.00 nett seorang (Dewasa) 
RM34.00 nett seorang (Kanak-kanak) berumur 4 hingga 12 tahun 
RM58.00 nett seorang (Warga emas) berumur lebih dari 60 tahun
Early bird price RM54.00 nett seorang (Dewasa) belian pakej buffet berbuka sebelum 21 May 2018.

Oh yaa sebelum tertinggal bagi yang ingin menganjurkan acara tertutup berbuka puasa,WP Hotel ada menawarkan beberapa seleksi menu dari RM88.00 nett seorang untuk minimum 100 orang tetamu.
Kepada yang ingin membuat tempahan awal boleh hubungi ke 03 – 618 1188 / 018-987 2050 Ext 3 Lemongrass CafĂ© atau Ext 606 untuk Sales Department.

Bagi yang ingin membuat tempahan Acara tertutup boleh hubungi ke 03 – 2618 1188 Ext 606 untuk Sales Department.

WP Hotel, Kuala Lumpur
362, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


3 comments

  1. Menarik dan berpatutan. Lokasinya pun sangat strategik. Penuh perut lah bulan Ramadhan ni dengan pelbagai juadah disediakan... Hehe..

    ReplyDelete
  2. hehehe...memang betul, jom kita ke sana lagi

    ReplyDelete
  3. murah tu dan tak jauh tapi bulan puasa lokasi dekat pun jauh sebab sesak hehe

    ReplyDelete