Makan Culture by Sakura Kristal - Hidangan PANAS & SEGAR...Wajib Cuba!!


Hari cuti kebanyakan kita keluar ke mall-mall bawa keluarga ambil angin dan window shopping dan biasanya kita akan terus cari makan di sana, kalau anda pergi ke Melawati Mall saya nak rekemen satu restoren makanannya memang best dan sedap-sedap tau sebab saya dah cuba...hahahhaha

Makan Culture by Sakura Kristal mempromosikan "Asian-based fusion food" restoren ini menyajikan pelbagai hidangan sesuai untuk di nikmati oleh semua golongon lapisan masyarakat di Malaysia di samping harga yang berpatutan, jadi sesiapa yang ingin membawa keluarga atau pasangan boleh la mencuba hidangan di Makan Culture ni. 
Kepada yang suka menikmati makanan ala-ala barat pun ada di sini tau bukan makanan Asia sahaja sebab tu lah saya rekemen tempat ni, kalau anda semua dah cuba mesti nak datang lagi di samping ruangan restoren yang amat selesa sesuai bagi yang berkeluarga.

Apa yang lebih menarik di Makan Culture ni, layanan dari pelayan restoren sangat baik dan ramah-ramah orang nya jadi kita pun selesa, di sini juga ada menyediakan makanan kepada sesiapa yang mengamalkan Vegetarian.

Teh Tarik Leleh mengancam!!! Anda harus cuba ni lain dari yang lain...hahhaha

Saya sangat suka minum "Sloppy Mugs", serius saya rasa anda patut mencuba minuman ni memang unik dan rasa sangat sedap...hahhaha

                                              Kepada yang teruja ingin mencuba hidangan boleh ke : 
Makan Culture Melawati Mall
L3,13 Melawati Mall, 355, Jalan Bandar Melawati
Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi : 10.00am - 10.00pm

Kepada yang ingin membuat tempahan awal boleh lah hubungi ke : 
          +603 41613689
Atau
Sesiapa yg ingin tahu lebih lanjut tentang Makan Culture boleh lah lawati ke :
https://www.facebook.com/MakanCultureMalaysia/

0 comments