Pembayaran BR1M Sebelum Aidilfitri - Lim Guan Eng


Sumber Gambar: Google



KUALA LUMPUR: Berita baik buat rakyat Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang apabila kerajaan PH bersetuju meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan dijangka menerima bayaran kedua bantuan itu sebelum sambutan Aidilfitri.

Seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kewangan itu berkata, maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu hadapan melalui akaun Twitter @guanenglim miliknya.

Kerajaan PH akan meneruskan pemberian BR1M, namun, menurut Tun M, ianya akan dikaji semula untuk memastikan golongan yang benar-benar layak menerimanya. Kira-kira 7.2 juta rakyat Malaysia layak menerima bantuan ini sehingga Februari lalu yang memperuntukkan sebanyak RM6.8 billion. 
Sumber : MyMetro 

2 comments

  1. rezeki kepada siapa yang dapat :)

    ReplyDelete
  2. syukur Alhamdulillah..semoga pemberian BR1M ni dapat membantu mereka yg benar2 layak kan

    ReplyDelete