Peminjam PTPTN Berkemampuan Dan Kurang Tanggungan Perlu Langsaikan Hutang - Syed Saddiq



Sumber Gambar: Google

KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketua pemuda PPBM berkata, peminjam PTPTN yang mempunyai kemampuan dan kurang tanggungan walaupun gajinya tidak mencapai RM4,000.00 sebulan wajib bertanggungjawab menyelesaikan hutang pinjaman pembelajaran mereka. 

Peminjam yang berkemampuan tidak seharusnya menggunakan wang gaji untuk memenuhi kehendak gaya hidup terkini seperti memiliki telefon bimbit mahal dan bercuti tetapi tidak menjelaskan hutang pinjaman. 

Walaubagaimanapun, perkara ini perlu diteliti dengan sempurna oleh kerajaan bagi membezakan antara mereka yang berkemampuan dengan yang tidak mampu. Matlamat utama cadangan penangguhan pembayaran pinjama PTPTN ini adalah untuk membantu graduan yang belum bekerja dan yang sudah bekerja tetapi berpendapatan rendah yang terkesan dengan tindakan penyenaraian hitam oleh PTPTN. 

Tetapi saya ingin menegaskan, bagi mereka yang berkemampuan untuk bercuti ke luar negara, kamu bertanggungjawab bayar semula pinjaman.

Kerajaan berpendapat, dari terus menghukum peminjam dengan menyenaraihitamkan mereka, adalah baik kami bantu golongan ini kerana ada peminjam yang bekerja hanya berpendapatan sekitar RM1,500.00 hingga RM2,000.00 yang mana tidak mencukupi ditambah pula kadar kos sara hidup yang tinggi hari ni. Malah, kadar pengangguran juga tinggi.



Sumber - BERNAMA

5 comments

  1. Dah nama pun hutangkan. Walau macam mane pun kene langsaikan jugak.. So... Jangan bagi alasan taknak bayar kalau berkemampuan. Hee..

    ReplyDelete
  2. even though boleh delay but bayar juga lah. hopefully the younger generation can pay bit by bit according their budget. not spend on high class cafe or beli gadget

    ReplyDelete
  3. Anak sis pun ada hutang gan ptptn ni..harap dia dapat langsaikan hutang dia..selalu sis ingatkan kat dia..hutang tetap hutang, mcm mana pun kena bayar sehingga langsai

    ReplyDelete
  4. Even though we now have this leeway, bayar lah kalau mampu, if income is below RM4K. Kalau bagi orang yang tak pandai budget, income melebehi RM10K pun tak cukup.

    ReplyDelete
  5. bagi sy mampu atau tidak sbnarnya bergantung dgn diri sendiri.. ada org yg tak mampu.. income tak sampai 4k tapi still bayar pinjaman ptptn sbb tak nak hutang makin bertambah.. ada yg income tinggi tp still x nak bayar walaupun RM50.. semuanya dari diri sendiri.. sy sendiri peminjam x berani nak kumpul hutang lama2..

    ReplyDelete