Tawaran Ramadhan set berbuka puasa di BBQ Lamb Kemensah , KL

Bagi sesiapa yang ingin berbuka puasa ala-ala nature dan suasana kampung dengan bunyi alunan cengkerik-cengkerik dengan suasana alam semulajadi, BBQ Lamb Kemensah, Kuala Lumpur ada menawarkan set berbuka puasa yang awesome. Saya bagi 5 bintang untuk restoren ala-ala alam semulajadi ini sebab memang best dan berpatutan semua set berbuka puasa yang di tawarkan nya, rugi kalau tak cuba. Bagi yang ingin membawa keluarga dan teman-teman boleh lah mencuba sebab hidangan disini lain dari yang lain dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Sure anda semua teruja menikmati hidangan di sini..
Disini menyediakan 3 jenis set untuk berbuka puasa, iaitu:
1. Set seafood RM188/set.
2. Set daging.  Rm188/set.
3. Set burung.  RM168/set
Set tersebut sesuai utk dimakan 4~6 orang.
Semua set akan dihidang bersama buah kurma, puding, cocktail buahan, herb rice(boleh refill), lamb soup, salad/coleslaw serta minuman 2 jug.
Bagi yang ingin membawa keluarga di sini juga ada menyediakan kolam untuk bermandi manda sementara menunggu waktu berbuka puasa tiba, syok kan kat sini di samping dapat menikmati suasana alam yang fresh dan semulajadi boleh juga berehat-rehat tapi nak kena datang awal tau!!
Tempahan berbuka puasa telah dibuka bagi tarikh 19hb May ~ 12 hb Jun 2018.
Bagi yang berminat untuk sebarang pertanyaan boleh lah  menghubungi +6012 211400 dan juga boleh lawati ke laman FB https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/
            BBQ Lamb Kemensah, Kuala Lumpur
Kampung Kemensah (Jalan Datuk Ramu Hati)

41000 Hulu Kelang, Selangor
Malaysia
Waktu Operasi : 12:00 PM - 4:00 PM, 7:00 PM - 11:00 PM

1 comments

  1. Tempat makan yang paling best, nyaman dan hidangan makanannya juga sangat sedap. Rugi kepada yang belum mencubanya... Hehehe...

    ReplyDelete