0% GST Harga Barangan Turun Atau Naik? Apa Komen Anda



Sumber Gambar: Google


Sumber Gambar: Whatsapps Group

PETALING JAYA: Kastam menerima 20 aduan pencatutan pada hari pertama GST sifar hari ini dan menjangkakan lebih banyak lagi aduan dalam beberapa hari ini.

Ketua Pengarah Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata pasukannya sedang melakukan pemeriksaan di lapangan tetapi langkah terbaik menangani masalah itu ialah orang ramai perlu perhatikan harga.
Penguatkuasa kami turun padang bersama pasukan Kementerian Hal Ehwal Pengguna untuk memeriksa peniaga dan perkhidmatan seluruh negara.
Tetapi kami perlu orang ramai buat aduan kepada kami atau kementerian untuk menghentikan pencatutan, katanya (Sumber: freemalaysiatoday)

Seperti yang anda semua sedia maklum GST telah diturunkan kadar menjadi 0% bermula 1 June 2018 di seluruh Malaysia, pada pendapat anda semua adakah harga benar-benar di turunkan atau ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan menaikkan lagi harga barang?

Seperti gambar yang tertera di atas harga terlihat telah di naikkan sebanyak 20% jauh lebih berbeza dari sebelum ini ketika kadar GST masih 6% lagi padahal pelanggan membeli makanan yang sama. Pelik kan? Saya jadi keliru apakah ada pihak individu sedang mengambil kesempatan sedangkan kebanyakan harga barang telah di turun kan.


0 comments