Bila BENCI menjadi CINTA..Episod 3.0


Nampaknya ada sedikit masa mengizinkan saya untuk menulis dan bercerita lagi tentang kisah sahabat saya..ok lets do it!!

Faliq yaa nama ni lah yang paling Ann allergik setiap hari sebab tak sudah-sudah duk menyakitkan hati dia mana laa tak sakit otak di buat nya kan dah asyik bercekau jer..Ann ni ada best fren lain namanya Rohaizal dan dia ni lah jugak tempat si Ann mengadu siang dan malam selain dari si Fazril tu..

Si Ann ni hari-hari mengalirkan air mata di sebabkan si Faliq apa tak nya kadang bila saya tengok cara Faliq buat pada Ann memang tak patut, disergah tengking herdik kadang gunakan bahasa kasar macam si Ann ni apa jer..puas dah kawan-kawan yang lain nasihatkan si Faliq tapi dia buat jugak..si Ann memang manusia yang sangat penyabar sikit pun dia tak pernah melawan dengan bahasa yang kasar pada Faliq walaupun macam-macam yang dia kena..

Rohaizal selalu marah si Ann ni sebab dia kata Ann ni bodoh biarkan orang pijak kepala sedangkan Ann ni lebih berumur dari Faliq, berdozen-dozen nasihat di beri pada Ann supaya tak payah layan dah perangai si Faliq tu tapi kadang si Ann ni pun degil juga..mungkin laa kan Ann bukan degil dia cuma malas nak gaduh berpanjangan dan Ann orang yang baik hati itu yang saya tahu..

Kawan-kawan semua kata sampai bila Ann kena layan kerenah si Faliq sedangkan perbuatan Faliq sampai tahap melampau dan pernah Faliq ni memalukan Ann didepan orang lain dan group whatsapp tapi Ann tetap diam dan cuma akhirnya menangis dan mengadu pada Fazril, Fazril geram juga dengan sikap Faliq tu macam kebudak-budakan dan tak hormat Ann tapi Faliq memang manusia yang susah di bawa berbincang sebab dia tak kan pernah nak dengar nasihat orang lain..hmm kesian kan

Tapi kalau di perhatikan dan di renung Ann dan Faliq sebenarnya mereka ni berjumpa muka setiap hari tanpa terlepas sehari pun, Faliq akan datang melepak bersama Fazril, Faiz, Fazli dan semestinya laa dengan Ann sekali dah mereka ni sahabat sejati laa nak di katakan...kadang Fazril, Faiz dan Fazli dah cukup faham dah kalau si Faliq ni muka nya semacam macam nak makan orang dan diam jer dan Ann pun diam jer tak banyak berbual maknanya mereka berdua ni bergaduh laa tu, memang kelakar tau kalau dilihat..hahah

Pernah terdengar juga ketika Faizal, Fazril, Faiz dan Fazli berbual yang mereka ni nak panggil tok kadhi nak pi nikah kan si Faliq ni dengan si Ann senang habis cerita kata mereka sebab asyik konflik tak sudah-sudah..si Ann ni betul setia mendengar nasihat Fazril sebab Fazril kata orang hebat kena kuat jangan layan Faliq yang seperti keanak-anakan pemikirannya dan Fazril nak Ann jadi orang yang mahal jangan terlihat murah di mata orang lain..Ann terus berusaha bertahan dan terus bersabar menghadapi Faliq setiap waktu demi mendengar nasihat yang tak putus-putus Fazril berikan kepadanya..

Hari demi hari perkara sama yang berulang-ulang dan tak henti-henti Faliq mencari salah si Ann dan sentiasa mencari hal untuk di bawa bergaduh pernah juga mereka ni bergaduh besar di tepi jalan raya kerana Faliq menuduh Ann bercerita sesuatu yang Ann sendiri tak lakukan dan cuma salah faham sahaja sehingga Fazril terpaksa masuk campur dan leraikan pergaduhan itu apa tak nya Fazril risau juga tengok mereka berdua ni..

Semua orang pelik dan tak ada jawapan kenapa mereka ni macam ni sepertinya tak ada kesudahan, bulan ramadhan pun berakhir dan melangkah masuk ke bulan syawal si Ann dan si Faliq ni bermaaf-maafan dia whatsapp..alhamdullilah sahabat-sahabat yang lain sangat laa bersyukur dan berfikir mereka akan berdamai, seminggu Faliq dan Ann tak berjumpa kerana Ann mengambil cuti agak lama pada ketika itu...

Walaupun cuti group whatsapp mereka tak bercuti pun ada jer gurau senda message yang masuk dari yang lain-lain..satu malam tu Ann tiba-tiba menerima whatsapp dari Faliq jam 11.00pm, Ann tak sedar sebab dia tertidur setelah penat seharian berhari raya dengan keluarga selepas setengah jam Ann tersedar dan melihat telefon nya lalu ternampak laa message dari Faliq tu tak sangka pulak lah kan..

Ann pun menjawab laa message Faliq sebab Faliq ucap selamat hari raya jadinya mereka pun berbalas whatsapp laa dan kali ni mereka tak gaduh pun just berbual-bual dan bergurau tapi yang menariknya Faliq minta Ann memahami seluruh tentang diri nya apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka dan meminta Ann jangan buat sesuatu yang dia tidak suka dan Ann pun begitu juga meminta perkara yang sama pada Faliq dan berharap mereka akan saling memahami lebih lagi selepas ni dan berjanji takkan bergaduh lagi..

Hari pun dah larut malam ketika itu Ann pun meminta izin untuk tidur dan Faliq kata nanti sambung lagi..malam berikutnya tiba-tiba Ann terasa seperti hati nya merindui sesuatu dan Ann pun tak tahu apa yang dia rindu sebenarnya, Ann buat seperti biasa cuba menonton tv dan sebagai nya tapi hati nya tetap tak tenteram dan terasa rindu pada Faliq tapi Ann fikir ahhh mungkin hanya perasaannya begitu dan cuba tak menghiraukan dan terasa macam pelik kenapa dia begitu...Tepat jam 11.00pm tingtingting whatsapp masuk ke telefon Ann dan dia seakan-akan gembira bila melihat whatsapp message itu..

Hmmm nampaknya masa pulak dah mencemburi dan tak mengizinkan saya untuk meneruskan cerita sahabat saya ini...jadi nantikan lah sambungan episod 4.0 nanti yaa..hahah..BERSAMBUNG

0 comments